https://www.facebook.com/HappyCatsOnline/photos/rpp.1103037019737239/1562191787155091/?type=3&theater
I'll write in Malay today.
Tadi pagi aku membaca FB, tentang seorang economist yang bercerita tentang bonus Tabung Haji.
Entah macam mana, ada seorang Non-Muslim, an Indian guy, memberi komen yang kurang aku senang.
"Race and religion is one of many things manipulated in this capitalistic structure and society".
Membaca komen lanjut beliau, dia menganggap pelaburan Tabung Haji ni macam pelaburan duit yang guna agama.
Sebagai Non-Muslim di Malaysia, aku tak pasti samada dia tahu atau tidak apa tujuan Kerajaan buat Tabung Haji ni.
Ia bukan untuk pelaburan macam ASB. Dia nak membantu Muslim menyimpan duit untuk pergi Haji.
Ini lah masalah bila semua orang nak komen atas semua benda dalam social media.
Sebenarnya aku pun dulu bersalah dalam benda macam ini.
Tapi mungkin selepas tahun lepas di mana aku banyak kali masuk ke hospital, aku tak tahu lah mengapa, aku mula rasa, those things in Internet are actually, things that doesn't matter much.
Those things, gossips and news, macam nak mencuri masa dan attention kau, supaya kau sedikit sebanyak melupakan kepayahan di dunia sebenar.
Tapi selalunya, yang aku lihat, social media ni kadang2, menambahkan lagi kepayahan, sekurang2nya menyesakkan minda kau dengan pendapat itu dan ini, by those FB literary greats.
Aku kongsi pengalaman aku berkenalan dengan watak2 famous di social media.
Yang kebanyakan kau sangka hebat dan cool itu, kadang2 duit nak makan pun tak ada. Ada yang tak ada rumah dan duduk di office, ada yang duit dalam bank hanya rm200-100 saja.
Dalam masa yang sama, ada banyak likes ramai followers.
Entah, aku sejak akhir2 ni merasakan, dunia social media ni, banyak "fakes".
It is full of glitters yet it is mostly fakes.
Kadangkala, seseorang melakukan sesuatu untuk likes, atas logik mahu dihargai, tapi entah lah, aku seperti tak percaya tentang itu. Tapi kalau kau memilih untuk itu, silakan. Your choice.
Sebenarnya, aku dan kau, kita ni semua, are just those dying souls.
Ya, kalau kau fikirkan, ia mungkin menakutkan, tapi factually, semua kita ini hidup menuju kematian.
Dalam kehidupan masing2 yang mungkin bosan, sesak, mencekik, jadual hidup kau yang entah ke mana.
Aku masih ingat tika awal aku membuat blog ini, waktu itu, aku bekerja sebagai staff sub-con, dan naik motorsikal berulang alik 30km setiap hari dari rumah di Kajang ke site di Klang.
Ya gila, but then that's life.
Dan satu benda, aku tak tahu lah ini mungkin menjadi motivasi untuk orang lain atau apa, kehidupan itu agak mencekik, tapi aku rasa itu kehidupan yang "honest", jujur.
Sejak akhir2 ni, aku lebih gemar dengan FB page Happy Cats, daripada nak ambil tahu benda sekeliling yang aku rasa agak "menyesakkan".
Penat kerja.
Walau apa pun, teruskan hidup dan try to hold on.
Paperback scrawl your hidden poems
Written around the dried out flowers
Here we are, still trading places
Try to hold on