Saturday, 1 February 2014

Hanya Kanak2 Mengharap Superhero

http://tukartiub.blogspot.com/2014/01/petikan-dari-forum-malam-tadi.html

HANYA KANAK2 MENGHARAP SUPERHERO

Salam kepada Tuan TT, minta maaf pada teguran saya kali ini, kerana saya amat hormat pada Tuan TT.

Saya penduduk Kajang, dan sememangnya saya kecewa dengan apa terjadi. Ditambah pula saya diganggu selepas solat jumaat ketika makan di kedai tepi jalan depan Masjid Jamek Kajang oleh CC Lee yg mahu beramah mesra dengan saya ketika dia mahu mendapat undi pada election lepas.

Saya sangat kecewa dengan tindakan PKR, tapi saya lebih terkejut apabila membaca blog TukarTiub yang saya sukai ini, apabila 2-3 post cuba imply bahawa sesiapa yg menentang Anwar utk bertanding adalah mereka yg ada kaitan dengan towkay lendir.

Pada post ini, saya mendapat jawapannya. Tuan TT berpendapat Anwar sesuai jadi MB utk menghalang UMNO dari buat hal kes tanah, duit dan agama di selangor.

Maafkan saya, tetapi saya hairan pendapat Tuan TT kali ini sangat naive, apatah pula Tuan TT pernah duduk di luar negara.

Tuan TT hidup di era 60-an, maka Tuan TT mesti tahu siapakah 2 org yg terhebat di dunia ketika itu. Mereka ialah Kennedy dan Kruschev. Krisis Missile Cuba hampir2 menyebabkan dunia kiamat akibat nuklear.

Apakah nasib pada 2 superhero ini?

Selepas Kennedy ditembak mati, kurang 24 jam, USA telah melantik presiden baru.

Selepas Kruschev menghentak kasut di United nations, Politburo Soviet Russia terus singkirkan beliau.

2 org yang mampu menyebabkan dunia kiamat dengan nuklear, hanya di gantikan begitu sahaja.

Apakah Anwar Ibrahim lebih hebat dari itu semua?

Maksud saya, semua orang di dunia ini adalah replacable.

Maknanya, sudah lapuk idea untuk mengharapkan satu2 tokoh, atau seseorang individu untuk membawa perubahan, kerana everybody is replacable.

Pada pendapat saya yang hina ini, generasi saya yg muda dan yang akan datang, kami memilih kepada ideology, bukan pemimpin untuk membawa perubahan di Malaysia.

Barulah politik di Malaysia akan menjadi matang.

Mengharapkan Anwar Ibrahim utk menghalang UMNO di Selangor adalah seperti mengharapkan Iron Man atau Superman datang membantu kezaliman di Syria, Mesir dan negara Islam yang tertindas akibat politik.

Apakah tanggungjawab Adun Selangor lain yg elected? Bukankah PAS dan DAP ada lebih banyak kerusi? Adakah mereka yg elected itu tidak kompeten untuk menghalang UMNO dari buat hal di Selangor?

Sekali lagi saya memohon maaf kepada Tuan TT jika terkasar bahasa, maafkan pandangan orang biasa seperti saya ini.

Update Note 1:24pm 1 Feb 2014 :

Beware of tools of the trade and slaves to the grind.