Sunday, 16 February 2014

Membaca dan Macai-ism

Salam

Apa itu macai?

Maksud asal macai ialah "budak suruhan", namun dalam konteks Malaysia kini, macai telah berubah makna dan penggunaan, hasil dari "too much politicking".

Untuk aku, macai adalah sesuatu yang berbahaya tetapi cara untuk "handle" seseorang macai ialah hanya satu.

Ignore. Peduli-tahi-kan.

"The mark of the immature man is that he wants to die nobly for a cause, while the mark of the mature man is that he wants to live humbly for one." - Wilhem Stekel"

Quote ni famous setelah keluar dalam sebuah novel epik "Catcher Of The Rye" (Cikgu Antollini sebut ayat tu kepada Holden Caulfield bila Holden terlalu obses dengan being judgemental).

Cara2 untuk mengubat / mengelakkan diri sendiri dari menjadi macai ialah banyakkan membaca.

Tapi biar aku jelaskan dahulu.

Bukanlah dengan membanyakkan maklumat itu yang mengubat macai ini.

Macai itu diubat dengan timbul perasaan yang selalu dapat kalau kau membaca sesuatu yang kau tidak tahu selama ini / perasaan waktu dapat ilmu dari pembacaan.

Perasaan itu ialah rasa humble dengan banyaknya ilmu/benda yang kau masih tak tahu.

Apabila kau melopong mulut terpesona (astounded) dengan suatu ilmu/maklumat yang kau baru tahu, pada aku, itu tanda kau sedang di sinar dengan cahaya ilmu/maklumat tu. 

Cahaya, An-Nur, jika dalam agama selalu dikaitkan dengan Tuhan, Malaikat dan benda2 baik.

Tapi, kalau setakat kena cahaya ilmu sahaja tak cukup.

Hati / otak kau perlu terima cahaya ilmu tu baru lah ilmu tu "masuk" dalam nurani.

Cawan yang separuh penuh dengan teh, kalau kau isi air jernih, kau hanya akan pudarkan sahaja teh itu.

The only thing untuk kau dapat isi cawan itu dengan sejernih mungkin, ialah kau buangkan segala isi kotor atau isi yang berwarna dalam cawan, dan isi balik semula dengan air jernih itu.

Maka, untuk kau masukkan ilmu/maklumat itu, hati kau kena clear untuk masukkan maklumat baru tu.

Bila kau terima rela suatu ilmu tu secara ikhlas, ia sama lah macam kau mengisi air jernih ke dalam cawan yang dikosongkan itu.

Maka, sepatutnya, the overall act tu menjadikan seseorang itu humble.

Sebab kau terasa betapa tak tahunya engkau dengan ilmu itu, dan betapa luasnya ilmu/maklumat itu.

Dan bila kau humble, aku yakin, kau bukan lagi seorang macai kerana pandangan kau yang betul itu, kau sedar mungkin ia tak cukup, tak penuh.

Dan kau akan tenang dengan apa yang kau baca, walaupun ianya hanya suratkhabar politik.

Kau akan sedar, kau menyokong sesuatu atas pengetahuan yang kau ada sahaja.

Pengetahuan yang kau tidak tahu, mudah mudahan kau terlepas dari bahaya-nya.

People who do not understand themselves have a craving for understanding — a thing which is rather surmised and never spoken than known and clothed in words. 

Wilhem Stekel -Marriage at the Crossroads (1931) 

Note : Politics and most things in Malaysia can only be better if politicians and people practices humbleness, macam Tuan Guru Nik Aziz.