Friday, 24 May 2013

Debates are just noises

Pilihanraya Malaysia  berlangsung pada 5 May 2013 dan ramai orang menyibukkan diri dalam berdebat-debat dan bertukar2 fikiran dalam politik.
Selain itu juga, dengan adanya kemudahan Internet di Malaysia (cybercafe bercambah sana sini, smartphones, Ipad,speed Internet di Malaysia yang ok ) maka wujudlah golongan2 trollers, commenters dan mcm2 spesies di Net yang memeriahkan ruang blog, laman sosial dan mcm2 lagi.

Adapun kali ni aku akan tulis berkenaan penipuan dalam berdebat2 dan bertukar2 fikiran, yang mana aku ambik bulat2 word by word dari Ihya Ulumiddin yang ditulis Imam Ghazali R.A., dan ada juga aku tambah2 point sendiri.

First and foremost, berdebat2 dan bertukar2 fikiran yang dimaksudkan ini sebagai perkataan Munadharah dalam bahasa Arabnya.
Munadharah, atau berdebat2 dan bertukar2 fikiran ni berpunca dari sebab manusia ni naturenya adalah untuk mencari kebenaran.

Tapi aku bersetuju juga dengan pendapat Imam Ghazali ni, dimana banyak orang ni tertipu dan terpedaya dengan berdebat2 ni. (henceforth maksud tajuk entry ni..terpedaya dengan berdebat2.)

Actually, boleh juga kita katakan amalan berdebat2 ni sebahagian dari agama sebab diamalkan oleh Sahabat R.A (sahabat dulu bermusyawarah sesama sendiri)., para ulama2 silam, akademician.
Benar, berMunadharah itu sebahagian dari agama, tetapi ianya mempunyai 8 syarat.

Maknanya sebelum kita nak bermunadharah ni, kita kena view dulu 8 points ini, so that hasil dari bermunadharah ni akan memberi ilmu yang bermanfaat kat kita di dunia dan juga manfaat ilmu tu untuk akhirat:-

1. Telah menyelesaikan masalah2 dan clear tentang isu2 fardu ain keatas diri sendiri - Orang2 yang selalu bertengkar itu, menyia-nyiakan urusan fardu ainnya, di mana ilmu fardu ain ke atas diri sendiri masih tidak ditunaikan tapi sibuk fikir tentang perdebatan lain.

Kurang cerdik kalau habiskan masa debat pasal Islam dan application Islam, tapi banyak ilmu fardu ain kita belum cover dan amalkan.

2. Apabila tidak melihat fardu kifayah lebih penting dari perdebatan - Point yang ni bermaksud sia sia saja orang yang asyik mengadakan perdebatan sedang dalam negeri terdapat banyak fardu kifayah yang di sia siakan, tidak ada yang mengerjakannya.

Tidak ada satu negeripun yang didalamnya fardu kifayah yang tidak disia siakan. Contoh paling dekat ialah ilmu kedoktoran.  Di hampir seluruh negara Umat Islam, jarang ada doktor Muslim yang boleh comment agama atas keilmuan doktornya, dan sangat sangat jarang ada golongan ulama agama yang suka bekerja dalam lapangan kedoktoran.

Contoh dalam kitab Al Umm Imam Syafie, Imam Syafie menghukumkan makruh bersuci guna air panas atas dasar kelimuan perubatan zaman itu, air panas selalu disimpan dalam bekas besi atau tembaga, maka ditakuti zat karat dari besi/tembaga (dalam kimia dipanggil oksida) itu akan larut dalam air dan ditakuti akan menyebabkan sakit kulit.

Sangat berbeza Ulama zaman dulu dengan zaman sekarang.
Sebagai contoh, kita masing2 ada karier kita masing2, sebagai jurutera contohnya. Urusan kerja jurutera kita tu ikut Islam atau tidak? Adakah kita meninggalkan sembahyang dalam nak buat kerja kita?
Kena faham bebetul meaning ayat 2-3 Surah As-Saff before kita nak pi debate ngan orang.

3.  Meninggalkan permasalahan yang telah diselesaikan  -  apakah faedahnya mengadakan perdebatan, sedang isunya sudah dikenal dan ada penyelesaiannya daripada orang cerdik pandai dahulu, samada ulama Islam, akademik Barat atau sebagainya.
Lebih baik seseorang buat research dulu dalam satu satu hal sebelum mengeluarkan statement kurang bijak mengenai sesuatu.

4.  Tidak memperdebatkan selain dari persoalan yang terjadi atau biasanya akan terjadi dalam masa terdekat. - Contoh isu parang terbang May 1969. Satu, perkara itu tak pasti samada betul2 terjadi atau tidak. Kedua, kalau betul2 terjadi pun, ia terjadi dahulu dan bukan perkara yang mendesak sekarang. Jadi apa yang lahir dari isu ini tidak boleh dijadikan satu hujah. Maka jika ia bukan hujah, maka apa faedah yang dapat membincangkannya? Cerita2 begini tak boleh dijadi hujah, sebab  ia akan membantutkan fikiran dengan ketakutan. Kebenaran berdiri atas hujah dan fakta, bukan dengan ketakutan.

5. Lebih baik perdebatan itu dilakukan di tempat sunyi dan bukan di hadapan orang ramai - Di tempat sunyi, pemikiran itu dapat dipusatkan dan lebih layak memperoleh kejernihan akal dan hati. Kalau di muka umum, ia akan menggerakkan riak, dan ia juga mendorong masing2 menjadi pemenang walaupun mungkin ia salah.

6. Menganggap mencari kebenaran itu bagai mencari barang hilang,maka memandang teman berdebat itu penolong, bukan musuh. Diucapkan terima kasih, dimuliakan dan disambut gembira ketika diberitahu kesalahan dan dilahirkan kebenaran itu.

7.  Beradab dalam perdebatan dengan sekurang2 nya 2 adab, Adab 1 = melahirkan apa yang diketahui  setelah ditanyakan, Adab 2 = jangan dilarang teman berdebat dengan cara berpindah satu dalil ke dalil lain.
Maksud point ni, jangan twist point dan saja tukar2 topik untuk deny point kawan debat tu.

Aku share satu benda aku belajar dari buku Spy The Lie (by Houston, Floyd, Carcinnero and Tennant).

Di Mahkamah US, bila nak angkat sumpah, selalunya dia akan sebut “Do you solemnly swear to tell the truth, the whole truth, and nothing but the truth, so help you God”

Sebab penipuan ni terbahagi kepada tiga jenis, dan angkat sumpah tu direka untuk cover ketiga2 jenis penipuan ni.

Perkataan “to tell the truth” akan cover lies of commission, which the straightforward,bald-faced lies.

Perkataan “the whole truth” akan cover lies of ommission, maknanya sengaja tak beritahu sesuatu perkara kecil, saja tak bagitahu certain2 point yang akan bawa kepada kebenaran.

Perkataan “nothing but the truth” akan cover lies of influence, maknanya saja tokok tambah perkara2 yang mungkin betul/salah yang akan influence perception as it relates to issues at hand.

8.  Bertukar2 fikiran ni dilakukan dengan orang yang betul, yang mana kita harapkan ada faedah bertukar2 fikiran dengan orang tersebut. - faedah untuk urusan kita di dunia dan faedah untuk amal kita kat akhirat esok.

Adapun dengan observe 8 point ni, kita boleh check samada bertukar2 fikiran kita boleh menolong kita (di dunia dan akhirat), atau menyebabkan kita terpedaya saja dengan syok sendiri berdebat.

Imam Ghazali juga explain 10 sifat2 tak baik yang ditimbulkan dari bermunadharah ni, di mana kalau benda ni terjadi kat psychological kita (batin kita la) maknanya kita ni tak lain tak, hanya tertipu dengan munadharah itu sendiri.

1. Dengki dan marah - sebab ada kala menang, ada kala kalah dan terpaksa diam bila kalah. Maka orang yang disangka lebih cakap itu, akan frustrate kita, dan lama kelamaan boleh membakar api marah di mana kita yang kalah akan berharap agar nikmat itu hilang dari orang tersebut dan berpindah pada kita. Itu yang dimaksudkan dengan dengki itu.
2. Takabbur / rasa lebih baik dari orang - sebab ada elemen rasa nak menang dengan bagi hujah lebih konkrit
3. Dendam - hampir seluruh orang yang suka berdebat, tidak terlepas dari sifat dendam
4. Mengumpat - Dalam nak bagi hujah konkrit, maka cenderung untuk menceritakan keadaan yang menunjukkan kekurangan lawan
5. cenderung untuk memuji kebaikan sendiri - kadang kala pendebat itu memuji diri nya dengan kelebihan, namun tak terlepas juga mengatakan diri “tak apa lah saya tak sehebat awak” dengan mana dengan kata begitu, kita try to favour the debate dengan influence kan kelemahan kita, konon kita lemah agar the opinion favours upon ours, dan bukan pada kebenaran.
6. mengintip/mengikuti hal ehwal orang - Ini dalam bahasa Arab ialah tajassus. refer ayat 12 surah Al Hujurat.
7. gembira dengan kesusahan lawan dan susah dengan kesenangan kawan - orang yang tidak menyukai pada saudara seagamanya apa yang tidak disukainya pada diri sendiri, maka dia adalah jauh dari budi pekerti mukmin.
8.  Nifaq - orang berdebat memerlukan sifat nifaq, kerana apabila bertemu lawan, maka melahirkan kata persahabatan dengan lisan, memuji2 lawan, (selalunya masa intro sebelum nak berdebat, bagi salam pujian bagai..sebelum start smash pihak lawan dengan hujah).
9. menyombong dengan menolak kebenaran bersungguh sungguh - yang amat dimarahi oleh seorang pendebat ialah lahirnya kebenaran dari lisan lawannya.
10. Riak - memperlihatkan kebagusan amalnya kepada orang banyak agar the opinion favours upon his/her statement.

Adapun penipuan munadharah ni ialah sampai tak merasa tenteram hatinya, padahal umurnya telah dihabiskan mempelajari ilmu pengetahuan yang dapat menolongkannya dalam perdebatan, ilmu yang mana tak ada gunanya di akhirat.
Anyway, aku sendiri rasa malas nak make a statement pasal politik when asked of a opinion. The thing is most people already made up their mind about it, telling my side is really unnecessary.
Semua bising2 ni macam chicken noises sahaja in the end.