Friday, 24 May 2013

What they don't teach you in engineering schools

Aku seorang nerd skema. Maka aku really had a hard time during my early years dalam construction.

Aku dah tak menulis untuk share org info. Itu adalah membuang masa. Wikipedia jauh lebih bermanfaat.

Dulu aku suka mengomen kat ruang komen blog orang lain. Lately aku rasa buang masa pasal in the end, aku tak dapat additional manfaat kat diri aku.

Aku menulis ni semata-mata nak top-up balik pemikiran aku pasal keja (self reflection), sebab when you write it down, you can read it back.

Ini benda2 yg sgt2 basic untuk engineer, kalau ini pun tak boleh, memang superior suruh kau tukar bidang.

1. Drawing
Asalkan kau seorang engineer, kau kena tahu pasal drawing, dalam bidang apa pun, construction, oil and gas, keje manufacturing, instrumentation or whatever.

Drawing boleh bagi maximum info at the least expense. Tak perlu ckp banyak, dan senior2 akan ckp “kau baca drawing tak?” kalau kau buat silap. Seniors, managers and your superior boleh lagi maafkan kau kalau kau tak tahu notes dalam handbook, ASHRAE, DEP (Design Engineering Practice, ni dalam Oil and Gas field), ARI, Buku BOMBA, UBBL (Uniform Building By Laws 1984)and etc. Even pada awal job, kau tidak disuruh untuk hafal each benda dalam Tender Document (sebab dalam Tender Document ada Specs, dan juga ada BQ (Bill of Quantity) utk kau tau apa benda nak pasang/bina).

Tapi kau kena tahu baca drawing sebab dalam drawing tu sepatutnya comprise all the info necessary to carry out the job.

Untuk construction, drawing document wajib ada benda2 ni. Layout, Section Detail, Specification dan Schematic.

Bila first time tengok drawing, kau mesti bebal. Jadi kau kena tahu apa objective kau baca drawing. Basically ada 3 objective.
1. Nak tahu apa benda nak dipasang dan dibina dekat kawasan tu.
2. Cara kau nak pasang/bina binatang yang nak diinstall atau diconstruct.
3. Apa benda yg clash/ dan apa benda yg conflict kat situ.


1.1  Apa benda nak pasang

First, tengok layout tu, determine benda apa nak pasang kat situ. Then determine position benda nak pasang tu. Tengok layout, section detail.

Basically, sapa sapa yg involve project tu mesti tahu benda ni. Kalau kau engineer tapi kau masih blur2 pasal ni, orang dah tak confident kt kau. Kalau superior sayang kau, dia akan maki kau. Kalau dia tak peduli, dia akan suruh orang lain je amik tempat kau.

Sebab di bawah engineer, akan ada draftsmen, designer, supervisor dan skilled worker yang akan baca drawing untuk execute kerja masing2.  Kalau mereka tak confident kat kau, hilang respect, kau boleh count the days untuk resign.


1.2 Cara kau nak pasang

Selalunya dalam actual practice, based on layout and section detail pun dah boleh budget macam mana nak pasang benda tu. Dan benda ni lah yg separate between engineer dengan jokers, engineer seharusnya boleh budget macam mana nak pasang.

Sebab nak jadi engineer, kau kena amik degree kat university, jadi everyone expects kau clever enough to figure it out.

Even utk daftar as a registered engineer kat Malaysia ni, Board of Engineering Malaysia hanya terima recognised degree holder je, kalau diploma, kau kena amik certain course kalau x salah aku.

Honestly, kalau orang pandang kau as a degree holder, orang expect kau to behave and act like a degree holder. kalau tak, orang tak respect.

Yes, experience helps one to figure out, sebab kau boleh compare dengan info dari previous experience kau.

Dan kau juga boleh bertanya pada orang yang tahu.

Tapi aku tak suggest kau bertanya banyak kat orang pasal knowledge engineering. Honestly aku tak galakkan.

Sebabnya ini bukan sekolah yang mana ada orang nak spoonfeed. Dan as per previous point, orang anggap kau smart sebab kau degree holder.

Cara yang paling terbaik aku lihat ialah seorang kawan aku.

Apa dia buat ialah dengan menggunakan Samsung Galaxy 2.0 tu, dia jalan2 kat site sambil record video sambil dia lalu kat each section yang dia nak study. Pastu dia pasang video tu sambil baca drawing kat office. So kalau ada clash ngan equipment/piping, dia terus boleh point out apa yang clash dan kat mana clash, so the team can figure out how to solve.

Kalau boleh contohi dia,bagus, tapi yang paling senang sekali ialah kau jalan kat site sambil bawak drawing dan kau make a note kat drawing tu.

Dan kau fikirlah, takkan kau nak jalan banyak2 kali untuk figure out? Study la betul2 drawing tu.


1.3- Clash / conflict masa installation

Bila kau dah figure out 2 point kat atas tu, seharusnya kau dah boleh expect clash/conflict yang akan terjadi.

tapi jangan risau, sebab kalau ada masalah, supervisor or even skilled worker yg bagus akan boleh point out problem tu kat kau.

Hati2 kalau ada supervisor/skilled worker yang tak pernah point out problem. Sebab selalunya kau dapat tahu shit happens bila dah terlambat sangat, dan time tu tak boleh nak buat apa unless kena uninstall balik. Ini memang menimbulkan kecelakaan kat mana mana tempat kerja pun, dan yang first kena blame ialah engineer. Sebab everyone expects their engineer to be smart.

2. Buat drawing/ sketch

Bila ada problem, orang tak nak dengar kau bebel. Benda terlalu teknikal memang tak dapat diungkap dengan kata kata. So nak sampaikan point kau, people expect you to sketch.

Orang lebih senang faham gambar daripada kata kata, both mentally and emotionally.

Thru sketch, dan kau citer sikit2, patutnya orang boleh nampak point kau.

Ok, drawing ada 2, satu single line, satu double line. Sila faham dan belajar apa benda tu sebab aku malas nak explain in detail.

And please, belajar lah AUTOCAD.

Ok, utk bidang construction, at least kau boleh buat 2-D drawing je pun dah memadai. Sebab jarang2 ada keperluan nak buat 3-D (except buat schematic utk BOMBA, tangki air dgn routing utk send kat BOMBA kena buat 3-D schematic single line).

Kau tak perlu hafal berjuta2 command dalam AutoCAD. At least kau boleh buat line drawing, bentuk bulat, buat text, buat cloud, zoom in zoom out dan command untuk print (dalam CAD panggil plot). Ini pun dah cukup ok utk engineer construction execute the task.

Kau kena tahu cara nak plot drawing, cara kau nak plot dan zoom in certain area saja kat dalam drawing tu. Skill manipulate Model ngan Paper kat dalam AutoCAD tu kau kena tahu.

Tapi yang paling penting sekali ialah bukan hafalan. tapi execution yang pantas dan cekap.

kalau nak tahu orang boleh buat drawing ke tak, sapa sapa pun akan test engineer tu dengan buat satu drawing layout atau schematic.

In the end, yang paling penting sekali bukan berapa banyak command tahu, tapi berapa cepat kau boleh siapkan drawing tu.  Kau boleh cakap yang kau tahu AutoCAD, tapi kalau drawing keluar lambat nak mampus, orang cakap kau tak terer dan sembang lebih.

Mungkin kau kata, ada draftsmen so tak payah tahu AutoCAD. Kau silap.

Katakan, ada satu problem jadi kat site.

So cara nak solve, kau print balik drawing at that particular area, zoom in at that area saja, print out that section alone, lepas tu kau buat cloud sikit2, highlight sikit sikit, tulis note kat situ pas tu pass that info to site.

Kau nak suruh draftsmen tolong kau printkan? Selalunya dia akan suruh kau pergi meninggal.

Sebab draftsmen kena prepare berpuluh-puluh drawing. kalau masa tender stage (consultant), selalu buat single line je, tapi kalau construction stage, dan kalau kau contractor dan bukan consultant, dia nak abiskan masa dia buat shop drawing atau as-built drawing (kalau benda da siap pasang).

Benda kecik2 tu nak suruh dia memang dia malas. Kau nak bebel banyak pun tak cukup masa. Buat sendiri je senang.


3. Alatan utk engineer

Stationeries = Pensel, pemadam/liquid paper, highlighter, Pen merah satu, pen hitam satu dengan ruler sebijik dan juga stapler. Highlighter tu mesti ada. pen merah tu kalau nak buat cloud dan comment. Kau mesti kena stapler document punya.

Klu boleh pakai barangan office dan try not to buy at your own expense. Company yang kedekut beli stationeries ialah company yang akan byk soal jawab pasal claim, cuti, OT dan sebagainya. Aku dulu bodoh beli bebenda ni. Memang rugi duit sendiri. Sebab mesti ada pinjam meminjam punya. Dah pinjam hilang. Kalau kau sembunyikan, orang kata kau kedekut.

Jangan sesekali beli safety helmet. Company WAJIB provide safety equipment. Aku point ni sebab ada satu member aku, waktu project di oversea, sanggup bawak safety helmet dari Malaysia. Buat problem utk luggage saja.

Actually company pun patutnya provide safety shoes, tapi bab ni, ikut kau. Kalau kau rasa nak cool atau pakai kasut yg kau suka, silakan. Tapi company yang baik selalunya ada budget utk safety equipment. Aku beli sendiri safety shoes aku, aku beli 2 jenis, actual reason pasal kasut lawa.

Kalkulator jarang pakai sebab calculation work selalu wat kat office yang mana kau boleh calculate pakai calculator kat Windows, atau pakai Excel. Tapi kalau nak beli, aku suggest beli calculator yang skrin besar yang accountant guna tu. yang jenis kau boleh tekan kuat2 dan boleh hempas2.  Tak yah bawak calculator engineering FX-750 yg kau pakai masa study tu, kau pasti menyesal. Masa kerja setakat ni aku tak guna sinus, cosine, tangent. Nak kira power factor pun, selalunya dah ada nilai yang dah siap di bundar mcm 0.78 atau 0.82 tak yah kau nak bercosine bagai.

Gadget2 mcm skrudriver kecik, test pen tu kalau kau nak beli utk personal use boleh la. Tapi actually semua alatan mcm ni, patutnya provided by company, dan kalau beli pun, claim balik company. Aku beli pasal kalau kat rumah, aku yang dipanggil kalau ada rosak ke apa pasal tanggapan engineer ni mesti tau setel benda teknikal.

aku pernah beli gadget2 ni dan guna kat office/site. Seriously aku rasa bodoh sekarang ni bila pikir balik.

Satu benda wajib ada kalau kerja site ialah measuring tape. hargailah measuring tape anda dan jgn biasakan dipinjam. sebab klu dia jahanam time kau terdesak, memang celaka.

Kalau beli sendiri, jgn bagi orang pinjam. Kalau pakai company punya, bagi pinjam kalau superior nak pinjam.

Satu lagi additional gadget yg kau boleh beli ialah torch light kecik dengan pen laser.

Torch light kecik, sbb kekadang tempat gelap. Dan selalunya kalau kau nak kena bukak panel ke apa, pencahayaan yg baik diperlukan.

Pen laser ni kegunaan dia kat site memang best. kau nak tunjuk ada defect kat tempat2 yg susah nak dicapai, ko suluh je laser kat situ mcm lecturer.  Nak citer apa apa kat orang pun senang, dan memang nampak mengkagumkan.

Dan ingatlah, benda yang beli pakai duit sendiri, kedekutkan lah utk dipinjamkan. Bila satu kampung dah pakai, then time terdesak kau nak guna, tak leh nak guna, kau akan rasa celaka.


4. phone etiquette

As per experience, aku tak suka discuss benda thru the phone. Mesti salah faham punya. Kau imagine lain, dia imagine lain walaupun kau berdua cakap benda sama. Ia membuang masa.

Tele-conferencing is a waste of time for engineers sebab kau tak boleh nak tunjuk gambar/sketch/drawing in situ during discussion.

Unless kalau pakai Skype atau VOIP yang mana kau boleh send attachment at that instant utk tunjuk point kau.

itu sebab selalunya engineers call for meeting.

Senang citer, benda teknikal memang tak boleh nak cakap atas angin semata mata.


5. Letters and email etiquette

Engineer tak tulis surat panjang2 lebar. Semua direct to the point. Kalau benda tu panjang nak explain, dia akan tulis “Refer to Attachment”.

1st job aku dengan Jepun. pasal letter ni, aku belajar banyak dgn bos Jepun aku ni. Kalau boleh, dia nak letter dia kurang dari 2 perenggan dan satu page. Point lain kau buat supporting document. Lepas tu ayat dlm tu dia memang nak pastikan detail concise but with minimum words possible.

kalau buat mcm ni, letter tu in a whole mmg nampak professional.

2nd job, aku join company contractor yang asal dari mainland China, yang mana selalu dapat surat dari arkitek.

Seriously, aku belajar, yang mana surat paling power ialah surat yang paling sikit ayat tapi ada double meaning. Tapi bukan surat yang vague maknanya (itu bukan engineer tapi poets).

Contoh satu surat dari consultant yang sound company pasal ada defect dlm construction.

“Dear sir,

Please kindly find photos of defect found with regards to your installation job.

Please refer to our Contract Document Clauses and Specs with regards to the work defect and  failure to rectify the defect”

pastu c/c sekali kat Client yang nak bayar kat contractor.

Simple, tegas dan memang makan dalam.

Satu, dia dah notify defect thru the photo kat kau DAN Client, yang orang tak leh sangkal. Dan photo tu akan ada notes terangkan detail defect.

kedua, indirectly dia dah cakap kau buat kerja cincai yang takde standard, pasal kau buat kerja tak ikut Spec.

Ketiga, dia indirectly suruh kau solve defect tu.

Keempat, kalau kau tak buat rectification, kau boleh kena certain penalty yg selalunya ada tersorok somewhere kat dalam Contract document

Kelima,  kalau kau lambat buat rectification, kau boleh kena certain penalty yg selalunya ada tersorok somewhere kat dalam Contract document.

Keenam, dia dah c/c siap2 kat Client utk get ready to whack the contractor.

Ketujuh, sebab dia mention pasal Contract Documents, mesti ada implication in terms of monetary di mana boleh jadi dia raise issue kat Client yang benda ni akan delay the project.

takyah cakap banyak2. Sebab more words you say, the more points orang boleh tembak balik. So smart engineers memang tulis style mcm ni je.

Benda ni ikut situation juga so discretion is advised. Masa 2nd job di Dubai tu, Contract Documents kami siap ada attached FIDIC   So kalau ada surat2 mcm gini sampai, ramai kena panggil, especially QC (of course la), QS dgn Planner sekali dipanggil sebab nak determine whether boleh dapat EOT (Extension of Time) utk setel problem tu.

So even simple letter, kalau kau tak faham betul2, memang akan ada padahnya.

Sama juga dengan email, whether internally or externally (hantar ke orang luar company).

Aku pernah send email yang describe panjang lebar pasal masalah kat side.

Kawan aku reply balik email aku  this exact words :
 ”butoh hang (dengan nada sopan). Highlight kt drawing then send kat aku”.


6. Sofeware skills.

Microsoft Words, pasal kau nak buat document mcm Method Statement, PQP bagai.

Microsoft Excel, utk BQ dan Tender Documents.

AutoCAD utk bermain2 ngan drawing.

Microsoft Project/Primavera utk planning, schedule. Honestly, aku tak reti pakai Microsoft Project/Primavera. sebab job2 dulu, planner ngan Project manager duk pegang menatang ni. Tapi benda ni bagus belajar sebab tak mustahil satu hari nanti kau jadi bos atau manager utk project.

Lain2 software ikut pengkhususan kerja.


7. Working Time

Kau kerja untuk duit.

Nasihat ni utk diri aku sendiri.

Better datang awal pagi than staying up late. Aku pernah buat habit bodoh iaitu tidur kat office. Itu adalah satu kebodohan yang amat maksima sebenarnya.

Settle your work as much as possible with the least of time kalau boleh. Benda simple, simplekan solution. benda susah, break it up into parts.

OT (keje overtime) adalah satu benda yang tak baik sebenarnya. kalau selalu OT, itu menunjukkan kau tak efficient. Dan kerja time OT adalah sangat2 tak productive sebenarnya. Badan kau ada limit, tangan ada dua, bukan 8. Kau physically and mentally tired lepas 8 jam bekerja.

Kalau nak maju dalam office (mana mana pekerjaan pun sama), kau kena belajar cara delegate keja kat orang.

Aku bukan suruh tai-chi keja, itu perkara paling celaka.

tapi kalau kau pandai delegate keje kau dan settlekan your own work well, kau boleh asah skill kau untuk jadi manager, sebab tak mustahil satu hari nanti kau akan jadi manager.

Menjadi superman atau superhero yg bermaksud semua kerja kau buat, honestly kau akan ada mentality yes-man.

tapi masa muda2, better expose diri untuk belajar semua benda, cuma as time goes by, kau nak tak nak kena juga belajar delegate to improve your productivity.

Aku percaya mana mana engineering job kt dunia ni memang ada odd hours. Kadang2 masalah tak boleh nak expect. Benda terpaksa settle at that instant juga.

Banyak kali job2 (terutama kat site), terpaksa stay up kekadang sampai pagi pun ada.

macam contoh, kau kena stay up sampai pukul 3 pagi misalnya utk tunggu concreting bagai. Maka kau boleh lah datang lewat sikit the next day(pukul 10 ke 11) dan team selalunya akan faham.

Kalau ada complaint pun, selalunya datang dari manusia2 cilaka yang saja report sebab nak jadi star kat office. Pedulikan saja.

Bos bagus tahu apa staff dia buat.kalau dia tak tahu, dia bukan bos bagus.

Kalau kerja kau dah habis, pergi balik rumah on time.

Dan jangan bincang kerja kat rumah. Kau perlukan rest.


8. Working Colleagues

Unless kau duduk oversea, atau duduk rumah company beramai ramai, lepas habis kerja, kau tak perlu nak bersosial dgn working colleagues kau (minum2, lepak2)

Unless juga kalau itu memang close friend kau (member yg sound butoh hang tu close friend aku).

Aku ikut pendapat Jeff Hanneman Slayer (baru passed away last 2nd May 2013) pasal hal ni.

Bila Jeff pergi touring atau record album, dia tak bawak bini dia join sekali. Dan bila dia tak pergi touring / record album, dia tak akan contact member2 dalam Slayer.

To the extent that, kalau ada apa apa, Jeff akan suruh team management sahaja yang phone dia untuk info kalau ada events/gigs.

Aku belum berkahwin, tapi aku nampak juga wisdom di situ.
Kau kena pisahkan working life dengan private life kau

Satu,  kau boleh dapat the best of both worlds.

Kedua, so far as I concern, mixing private life ngan working life memang akan screw up your job.

Kisah 1 :  Banyak kes aku tengok, kalau tinggal serumah dgn working colleague, akan timbul rasa tak best dan rasa tak best tu membawak kat tempat kerja.

Satu staff yang duduk serumah ngan aku dan Project manager, entah macam mana, pasal hal rumah saja, boleh tak ngam ngan Project manager.

Conflict lasted sampai project manager pindahkan staff tu pergi rumah lain. In the end, membawa kepada pemecatan mamat tu.

Kisah 2 : Orang kata don’t shit where you eat. Aku gagal memahami point ni dan really screw up my job once.

Aku boleh tersuka kat draftperson aku kat office. Mula mula ok tak ada apa apa, lama2 minah tu timbul rasa macam menyampah kat aku.

But still ok lagi, time kerja masih lagi ok.

After some time, orang2 dlm office start mengusik usik, so bila aku mintak buat drawing, dia start tak buat dan bagi alasan ada job lain.

aku pun start buat sendiri drawing apa bagai.

Then the real shit starts.

Ada senior kat office (dia memang level pakcik la banding kitorang yg muda2 sikit)  pulak kebetulan  selalu bwk ideology yang office tu bekerja as a family.

Silap di situ, sebab bila nak dekat Hari Raya timbul masalah internal pasal ada staff yang start complaint senior tu bila senior tu buat appraisal. Appraisal pun pasal nak determine berapa nak bagi bonus utk Hari Raya. Ada staff start complaint senior tu dapat banyak bonus, orang lain dapat ciput.

Mulut membawak ke mulut, masing2 bercerita itu dan ini and the thing just explode all of a sudden.

Satu hari Jumaat, awal pagi kat office, keadaan ceria saja di office, then aku keluar buat site inspection. Habis inspection, lepas sembahyang jumaat, aku berdesup balik office dengan motorcycle dengan hujan. Sebab kalau boleh nak clearkan problem sebab next day da hcuti (most consultants off day on Saturday/Sunday).

Dengan basah kuyup aku balik office, nak print document bagai so aku boleh fax that evening jugak, tiba2 aku tengok semua orang dalam meeting room.

Aku dijerit panggil masuk. Tengok2 girl tu tengah menangis2.

Turns out ada verbal conflict kat dalam office tu tadi, girl dengan senior tu masing2 nak resign bagai. Problem is, diorang menuduh jari kat aku pulak cakap aku reason diorang nak resign. Girl cakap aku selalu kacau dia, senior pulak tuduh aku yang incite bebudak untuk tak suka dia.

It seems that during verbal conflict tu, issue aku suka girl tu pun dah tercampur aduk ngan kes senior tu yg cause senior tu salah faham.

General Manager panggil aku, tanya macam2. Aiyoh, benda sudah jadi personal.

Susah aku nak menjawab dengan General Manager aku.

Yang paling aku terkejut sekali ialah bila General Manager tanya aku soalan ni :

“Dia complaint cakap you selalu balik kerja awal pergi main cybercafe dekat bawah, tak mahu OT and support office”.

Sampaikan issue aku main Age Of Empires 3 kat c/c di luar waktu pejabat pun boleh jadi reason orang nak resign.

Itu lah sebab better not to mix your working colleague dalam social life kau.

In the end, nasib baik General manager on my side, dia advice aku suruh pujuk2 diorang je.

Episod ni memang aku takkan lupa dalam life aku.