Friday, 24 May 2013

Surau Kolej Kediaman Kedua UM

Kalau ikut surat tawaran, aku actually dapat kolej kediaman 9 masa 1st year. tapi ayah aku takut aku kluar malam (aku nerd tapi isap rokok) so dia engineerkan aku masuk kolej kediaman ke-2 menggunakan cable.

masa ni sukar bagi aku.


sebab a few senior dapat tahu pasal ayah aku, so memang kena pandang sinis la.


1st sem 1st year kat 2nd college UM, kawan tak ramai. Main bola pun tak, maklumlah nerd.


Actually, pada mulanya aku pi surau ni niat nak bersosial ngan orang. campur orang sikit la kan. dan lama kelamaan aku suka lak pegi ke surau tu.

Surau kolej ke-2 ni banyak program2 mcm usrah dan sebagainya.

Other reason suka pergi tu might be lepas baca Yassin, ada makan-makan. selalunya nasi goreng atau mee goreng bersama2 teh tarik.

aku ingat lagi 1st midterm exam utk calculus, aku study dan tido kat surau. tempat tu mcm best pulak.

aku join jugak geng2 kuat surau 2nd college time tu tapi ntah, mcm ada yg kurang kena.

Last2 aku dpt tau jugak.

Bila keluar 1st sem result, penuh kecewa aku. dapat pointer 2.5 je. frust betul.

masa tgh frust2 tu, aku mula reclusive (mcm aku skrg ni jugak ahahaha).sekali masa aku pergi surau tu aku terdengar one of the senior (org kuat surau) cakap
“Ah mamat ni pi surau pasal riak je, skrg baru dia tahu langit tinggi rendah”..

Jahanam betul.

Aku pun dah tak pergi surau lepas tu dan mingling ngan geng2 tu lagi. Perasaan sangat celaka.

Tapi syukur alhamdulilah.

Satu hari, lepas kejadian tu, aku terpergi jugak Surau Kolej ke-2. Time tu memang lama sangat dah tak pergi surau.

dalam masa tgh duduk duduk tu, aku terjumpa benda yang paling bagus aku jumpa sepanjang hidup ni.

Benda tu ialah Ihya Ulumiddin dan Tanbihul Ghafilin.

Aku fascinated bebenor ngan Ihya Ulumiddin ni. Dia adalah lain dari yang lain. Actually buku dia sangat tebal, to the extent actual translation Melayu buku tu ada 7-8 jilid. (meaning ada 8 buku utk satu kitab Ihya Ulummiddin).

Buku Ihya Ulumiddin yang aku jumpa di surau 2nd college UM tu salah satu dari 8 buku dia. jilid yang tajuk Tercelanya Dunia. Seriously aku blown away ngan benda tu.

2-3 hari aku pegi ke surau balik (pergi nak baca Ihya semata mata) aku jumpa pulak Tanbihul Ghafilin (Actual meaning is Peringatan Bagi Mereka yang Lalai).

2 benda ni, Ihya Ulumiddin dan tanbihul Ghafilin seriously memecahkan view aku terhadap agama masa tu.

Last2 dari time tu sampai membawak ke abis belajar, walaupun dah pindah ke a few kolej kediaman dan duduk rumah in the end, aku try frequent kan diri aku pergi Surau 2nd College sebab lepas semayang, boleh baca2 buku Ihya Ulumiddin ngan Tanbihul Ghafilin.

Aku sempat photocopy 2 buku tu masa zaman study, (tapi buku Ihya tak complete aku dapat jumpa), dan Alhamdulilah, Tuhan merezekikan aku di Bintulu, aku terjumpa satu kedai yang jual complete set Ihya Ulumiddin dan Tanbihul Ghafilin. Aku beli jugak sekali buku Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

Tips kalau nak beli Ihya Ulumiddin ni, kau kena tgk dulu page by page buku tu, tgk samada ada komentar tak at each page of the book. Sebab Imam Ghazali, dia bukan pakar hadis, jadi dengan tak sengajanya dia, banyak hadis palsu/daif kat buku tu. Tapi, ada satu academic nama Al-Iraqi pernah review buku ni page by page dan dia akan comment status at each hadis yg disebutkan dlm setiap page.

Most of Ihya Ulumiddin yang tercetak di Malaysia ni translated from Indonesia (nampak sgt org Malaysia malas translate buku) dan ada review Al-Iraqi ni, so check whether ada atau tak, kalau tak, better cari printed version yang ada komentar pasal hadis tu.

Dan sebab jumpa Ihya ngan tanbihul Ghafilin kat surau kolej-2 UM la, mana2 tempat aku pergi, aku akan sikit2 pergi gak surau atau masjid nya. Mana tau jumpa buku best. Kira selain dari nak semayang jemaah,aku akan try selak2 mana tau kot2 jumpa buku2 yg rare.

Memang la betul orang pergi masjid/surau nak beribadah. tapi additional reason yang nak menyebabkan kau selalu lepak masjid tu berbeza.

Ada org suka sakinah kat masjid (sakinah tu ketenangan). Ada org suka lepak pasal ada geng. Dan of course pergi duduk masjid tu nak beriktikaf, dan duduk beriktikaf tu pun dapat pahala. dan bagus jugak kalau join group tabligh sebab dalam tu element mengimarahkan masjid.

Tapi kalau nak duduk sorang2 tak buat apa honestly kau mesti bosankan? Kalau macam nak zikir sorang2 lama2 atau sembahyang sunat banyak kali, honestly aku tak dapat buat.

So that’s why aku ada additional purpose kalau nak ke masjid/surau, aku nak carik buku2 yg susah nak jumpa. kalau tak jumpa pun, at least aku akan bawak satu buku dan baca buku tu kat situ.

Pergi Dubai UAE, masjid2 kat sana tak berapa ada buku. Ada pun buku2 yg ada translate dari Arab ke Urdu/Hindiyang aku tak reti nak baca. So kalau pergi pun, untuk sembahyang saja, takde nak lepak lama lama kat situ.

kat Bintulu, kat satu Masjid (seriously aku lupa nama tempat ni, tempat aku semayang jumaat sbb dekat ngan opis, dia dalam kawasan kilang refinery yg quite near dgn MLNG2), aku jumpa satu buku yang bincang pasal surah Al-Fatihah semata-mata. Dia ulas pasal Bismillah tu pun dah satu chapter. Tapi sayang betul, aku tak dpt photocopy sebab tak boleh bawak barang keluar.

kat bangladesh, sama mcm Dubai. Buku English takde kat masjid. Tapi kat alhamdulilah, masjid aku yang aku pergi semayang jumaat tu, (satu masjid kat Gulshan 2, Dhaka), sebelum semayang jumaat start, dia ada satu pondok kecil kat situ jual buku2 agama dalam English.

Antara buku terbaik aku jumpa kat situ ialah The Sealed Nectar : Biography of the Prophet. Kalau tak salah nama Arab dia Al Raheeq Al Maktum.

Seriously buku ni buku sirah nabi yang terbaik aku pernah baca.

dia intro buku tu dengan start cerita asal usul kaum arab (dari bani jurhum). Kau boleh tahu satu by satu cerita dengan sangat detail, Nabi kat Mekah, Hijrah, setiap perang tu dia cerita detail. kalau tak salah, buku tu menang award.
check sini la senang. http://en.wikipedia.org/wiki/Ar-Raheeq_Al-Makhtum

Banyak aku jumpa buku2 yang best kat Bangladesh, tapi sayang, masa nak balik, buku2 tu semua aku tak dapat bawak balik sebab luggage limit, so aku sedekahkan je semua buku2 yang beli kat situ kat masjid tempat aku semayang tu.

lepas aku balik dari bangladesh (resign kerja terus), antara tempat yang aku suka spend time ialah masjid jamek sungai kantan kat kajang (hometown).  Punca? Sebab ada library kat situ.  Area kutub khanah tu, selalu tempat orang buat akad nikah kat masjid.

Seriously library masjid kajang ni terbaik.

Aku pernah jumpa buku criminology, hatta buku kajian sejarah asia tenggara untuk spm tahun 1970 pun aku pernah jumpa, buku tu cerita pasal sejarah vietnam ngan sejarah thailand. (Skrg baru aku tau education level kat Malaysia semakin tahun semakin mundur).

Time tgh reclusive malas campur manusia dan tak bekerja tu, apa aku buat, pagi subuh kat situ, pastu dengar ceramah subuh. Then naik motor sekejap pergi sarapan, lepas tu lepak semula kat masjid kat area kutub khanah tu sampai ke zohor. lepas zohor berjemaah, keluar sikit lepas pintu pagar ada jual cendol sama mee sup.kalau bosan makan mi sup, ada jual rojak jugak. lepas pekena semua tu, lepak balik kutub khanah sampai asar. lepas asar berjemaah sambung balik sampai pukul 6 sebab kena balik mandi. then kau boleh balik semula untuk maghrib dan isyak.

Dan masjid jamek kajang ada wifi.

Pada aku itu lah kelebihan masjid jamek kajang ni. Ada kutub khanah + mi sup + cendol. Untuk orang2 yang tak kuat beribadah macam aku la.

so tak patut kalau ada jemaah nak sound2 orang duduk2 kat masjid tu. hang nak semayang, hang semayang. hang nak beribadah, hang beribadah. bukan apa, pernah ada hamba allah ni tiba2 mengesound orang kat situ, ada satu brader tido kat situ, dan ada satu family tengah menumpang teduh kat situ.

dulu2 kalau x de duit, boleh tido surau/masjid.

sekarang ni tak boleh dah, pasal most surau/masjid dah di-lock.

Kecoh kejap dulu pasal kes murtad, di mana ada orang claim nak kristianisasikan Muslim kat church. Bila aku check cerita, rupanya perempuan tu ibu tunggal, time tu Church buat dinner dan dia ajak ibu tunggal tu ngan anak2 nya mari sekali makan. Ibu tunggal tu siap tengah pening pasal x de duit nak bayar sewa rumah.

Kita marah Church buat dinner untuk orang miskin, tapi kita lock masjid/surau kita, so macam mana?

Sebab Muslim ni ramai macam senior surau aku kat 2nd college tu. suka nak menghakimi orang begitu begini.