hari ni aku melancholic, so aku tulis panjang2.
abang saudara aku jurusan mekanikal kat UPM, dan tesis dia ialah
design airbag utk kereta kancil. aku memang fascinated ever since. so
masa dari form 4, aku dah tahu apa aku nak. aku nak jadi engineer
mechanical.
nasib aku adalah berjuta kali baik dari non-malays pasal aku masuk
uni thru matrics system, so up to this day aku tak berapa nak citer
sangat kebanggaan aku keje engineer construction. even klu org tanya aku
keje apa, aku just ckp “saya keje construction je”.
honestly, both my parents served in UM. arwah ayah aku lulus
cemerlang dlm lulusan agama sekolah rakyat, tapi kesian kat dia, bila
dia datang KL (ikut cerita arwah, dia dtg hari P. Ramlee passed away),
dia tak dapat kerja sebab dia tak tau cakap english. dia try nak amik
kelas malam, tapi keadaan ekonomi tahap tu sgt tertekan, so dia drop
out.
last last, dia kerja sebagai labour sapu sampah kat UM. (ikut cerita ayah aku, exact words)
mak aku pulak different case. family mak aku quite well being even
though at the end, tapi semua jatuh miskin pasal business gone bankrupt.
so mak aku dapat masuk science school yang medium pembelajaran dalam
English.
one have to bear in mind this scene happened during 1960-1970’s time and understand socio-economic life masa tu.
mak aku dapat keputusan cemerlang kat SPM (masa tu dipanggil MCE kot)
dan dapat offer belajar kat US. tapi love punya pasal, mak aku gi amik
form 6 kat Sekolah Menengah Sains Puteri kat Cheras. turns out, love tu
tak ke mana. dia frust, and lepas tu masuk ITM sambung study.
(keputusan MCE dia cemerlang utk masuk ITM amik diploma)
those times, universities is not bound to government, and selects
their own staff, dan ikut ceritanya, even police pun takde jurisdiction
kt dalam kawasan kampus.
malangnnya, mak aku terlibat pulak dalam confrontation of students
ngan police kat ITM (rusuhan pelajar) led by Ibrahim Ali (Presiden
Perkasa skrg ni ha! aiyo!)..and sebab mak aku lambat keluar dari kolej
kediaman masa rusuhan tu (by that time police dah break in masuk ke
dalam kampus dan student buat kepungan kat kolej kediaman and let no
students out from their dorm)
mak aku lambat keluar dorm pasal senior tahan. but masa police rempuh
masuk, mak aku sempat keluar tapi damn, matric card sudah kena tahan
sama pihak security.
in the end mak aku dibuang belajar and start to work, pasal kebetulan
jugak masa tu business grandpa aku dah jahanam. mak aku ada 12
siblings, so terpaksa keja sbb nak support family. (mak aku 2nd child,
makcik aku 1st child, both had to work then to hantar duit balik kampung
to bagi makan kat family).
after the rusuhan at ITM, government had enough of student protest
and started to implement AUKU kat all universities in Malaysia. even UM.
dan untuk curb politics in universities staff (sebab ikutnya, ada
lecturer yg join sama), semua staffing for universities post in admin
tak lagi dalam kuasa penuh university, tapi under Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA).
silver lining nya, masa tu staff admin kat university tak ramai dari
malays, so by the time JPA went in, diorang nak restaff balik most admin
dan clerical post kat UM.
ikut cerita arwah ayah aku, masa JPA panggil dia untuk interview, dia
mari2 dalam keadaan basah kuyup. bila tanya apahal, ayah aku cakap
“saya baru balik bersihkan sampah kat tasik UM, tu basah tu”. then bila
tgk qualifications ayah aku, JPA surprised, apasal awak kerja buruh
sahaja, awak lulus pangkat 1 MCE, then dijawab ayah aku, “my english not
good”.
so JPA pun luluskan ayah aku untuk amik test bertulis untuk admin dan clerical post kat UM.
mak aku pula, lepas dah kerja sana sini, dia pun decide nak apply
post lab assistant kt UM. tapi, eyesight tak baik, so dia pun diadvice
oleh JPA untuk pergi amik test bertulis utk admin/clerical post tu.
ikut ceritanya, ayah dan ibu aku sat side by side kat dalam exam tu.
(meja masing2 la). duk asyik jeling2 dalam exam, lepas habis test tu,
ayah aku dengan selamba ajak mak aku minum kt canteen UM. masa tu mak
aku rambut bobby cut, so might be ayah aku jatuh hati ngan mak aku yg
lawa tapi boyish look.
bila result test keluar, ayah aku dapat post as a clerk kat Jabatan
Pembendaharaan Awam dan Harta Benda UM, kerja dia uruskan bus schedule
and maintenance. Mak aku pulak dpt post kat Jabatan Bendahari UM.
ikut citernya, byk kali juga mak aku friendzone ayah aku, tapi in the
end, sebab dia tgk ayah aku style responsibility sikit berbanding
lelaki kota those times yang rock atau hippies style. mungkin sbb ayah
aku org kampung, style mcm eman manan, ayah aku belajar silat apa
semua, jadi pembawakan diri style lelaki tak berduit tapi responsible tu
yg in the end menyebabkan mak aku stay dgn beliau.
in the end, they tied the knot at 1979. masing2 tak berduit, nikah
kat masjid, dan lepas tu makan kuih beramai je. photo kahwin satu je.
lepas kahwin, ayah aku push mak aku suh belajar balik dengan belikan
buku mcm2. satu buku that i found (buku pasal accounting), kat muka
depan buku ada notes dari ayah aku in english pujuk mak aku utk belajar
kuat2.
mak aku amik kelas malam kat UITM kat PJ old town tu sambil
mengandungkan aku. ikut citernya, aku selalu tendang2 dalam perut setiap
kali kelas tgh mengajar, hahahha. by the time i was born in 1982, ada
kawan mak aku kat Jabatan Bendahari UM dapat masuk Kwong Yik Bank, so
dia pun tarik mak aku masuk keje sekali kat Kwong Yik Bank (skrg ni RHB
bank lepas dah merge apa semua).
skrg mak aku alhamdulilah, position dah sgt besor kat RHB. arwah ayah
aku still with UM by the time he passed away, cuma last position dia is
a clerk utk manage security team kat UM.
------------------------------------------------------------------------------------
aku amik Bio class masa form 4-5 pun sbb advice ayah aku , because
kat sekolah aku, Science stream class yg terbaik dan byk non-malays is
Bio class (5E and 5F), class yg amik Teknologi Kejuruteraan tu ramai
melayu, ayah aku memang dari dulu suruh aku masuk class yg banyak
chinese dan indians. bayangkan, class aku masuk tu, 40 org, tapi malay 8
org saja.
Reason being is that ayah aku suruh belajar cakap english dan suruh
aku jangan mingling sangat dengan melayu. Aku dua kali dpt tawaran masuk
asrama penuh, lepas UPSR dpt offer kat Jitra, lepas PMR dpt offer masuk
Sekolah Sains Muar, dua dua ayah aku suruh tolak.
Dan juga, start sekolah menengah, ayah aku start langgan paper The
Star untuk aku baca, walaupun dia sendiri tak baca The Star tu.
Masa aku sekolah menengah, ayah aku bertukar2 jabatan di UM, satu
tempat dia serve ialah Main Library UM, and after that kat Faculty
Ekonomi UM. View dia masa upbringing aku byk influenced dgn apa yg dia
nampak masa dia jadi clerk kat dua tempat ni.
Dia nampak yang Malay lecturers di sana terlalu banyak politicking.
Dan dia sangat2 tak suka bila lecturer2 Melayu cakap gunakan
puisi/pantun2 melayu lama bila berucap atau tulis buku pasal
puisi/pantun2.
Pada dia, Malay’s poverty tak boleh solved dengan puisi/pantun. Semua tu retorik semata mata.
masa aku form 5, abg sedara aku yg amik mechanical kat UPM tu duduk ngan keluarga aku. Itulah first time aku tengok AutoCAD.
Syukur, aku dpt masuk matrics, dan time ni ayah aku tak kisah dah.
Aku pun mmg minat physic, so aku amik Sains Fizikal. Alhamdulilah,
pointer matric aku sangat bagus, dan alhamdulilah aku dpt masuk UM
fakulti engineering jabatan mechanical.
Aku tak boleh lupa muka ayah aku bila aku tunjukkan kat dia surat tawaran masuk UM tu kat dia.