Article is Malaysian in Nature. For comedic reason, the
writing shall be in Malay, as per my actual dialogue with my mom this Sunday
morning.
Jumaat 28 July 2013
Emak Comel menghantar sms “Gentle Reminder : Ada makan2 buffet ini sabtu. Sabtu ni balik
rumah, pagi Ahad mak nak melawat kubur abah kau..”
Sabtu 29 July 2013
Pukul 4 pm, sampai di rumah Emak Comel. Actually, rumah mak aku
hanya 1 km saja dari rumah aku. Taman
perumahan sebelah je.
Adik aku sebab x ngam ngan bapak tiri aku, maka tidak
menyertai program makan2 besar bersama family.
Kebetulan relatives ramai datang, including friends of Emak Comel dan ayah
tiri.
Bila mereka tanya mana adik, aku cakap “Ntah, dia pergi
tabligh kot”.
Lepas abis function makan2, kami sekeluarga pulang, dan aku
meminta izin pergi ke CyberCafe utk bermain Age Of Empires 3 dan memberi alasan
nanti terus sahur kat mamak. Ibu aku berkata “sukahati kau lah, kami sahur pun
makan roti je, kang kau pengsan lak sahur takde nasik”
Maka malam dipenuhi dgn aktiviti riadah per-game-an seorang
diri, ber fesbuk sambil menengok noobs main DOTA ngan kecoh. Bersahur di kedai
mamak sambil melihat perlawanan Bayern Munich.
Ahad Pagi 28 July 2013 : 6.45 pagi
“hoi hoi bangun, mcam ikan paus terdampar kat pantai je mak
tengok ko baring tak berbaju atas lantai, tak senonoh! Pantas mandi!”, ujar Emak Comel yg nampaknya telah siap bermekap.
Setelah mandi2, bersiap dan menunaikan subuh, aku dan ibu
bertolak ke rumah aku untuk pick-up adik aku untuk aktiviti rekreasi di kubur.
Ahad pagi 28 July 2013 : 8 pagi
Ibu aku bising2 tengok keadaan dapur rumah sebab sinki penuh
ngn pinggan tak basuh.
“korang makan atas lantai ke apa ni?” ujar Emak Comel dengan
nada hot.
“Pasar Ramadhan kan
bungkus makan pakai polysterene” aku menjawab dengan bijak.
“Patut engkorang ni mak belikan pinggan kertas je makan”
ujar Emak Comel.
Hati beliau menjadi lebih panas setelah adik aku gagal
bangun pagi tu.
“Mak ingat nak baca yasin je, nasib baik yasin tak bawa
tadi, ko nak ikut ke tak ni?”, ujar Emak Comel yg men-sound adik aku yg masih di
alam mimpi dengan pintu bilik terkunci kebal.
“Mak gi dulu la”, ujar adik aku dgn nada longlai di balik
bilik yg berkunci itu.
Dengan perasaan fed-up, kami meninggalkan rumah dan proceed
terus ke kubur ayah.
“Buang duit sms aku je info adik kau” ujar Emak Comel ngan hot.
Ahad pagi 28 July 2013 : 8.15 pagi
“Ya Allah! Apa hal kubur abah kau ni, lalang tinggi, pokok
pun daun2 mati da, adoi” ujar Emak Comel dengan hot dan kesedihan.
“Eh ok apa ada lalang2. Kan tumbuhan2 ni bertasbih kat Allah, lagi
banyak lagi bagus”, aku menjawab dengan bijak.
“Banyak la kau, sebelum cangkul tu bertasbih kat kepala kau,
kau cangkul lalang ni semua, mak alihkan batu2 kecik ni”, ujar Emak Comel.
Aku pun proceed cangkul lalang2 ngan buang semua pokok2 yang
ada kat situ.
“macam mana eh, ni nanti saudara2 belah ayah kau tengok ni
mesti sound mak tak jaga kubur abah kau, korang la ni.”. ujar Emak Comel dengan kesedihan.
“Camni mak, kita beli pokok la kat kedai pokok, kita lalu
laluan pergi ke tesco ikut laluan ke penjara kajang ikut saujana impian,
sebelum simpang 4 saujana impian tu ada kedai nursery pokok situ”, cadang aku
sambil diikuti dengan langkah ibu ku yang sungguh progressif untuk
menyelesaikan permasalahan.
Ahad pagi 28 July 2013 : 9.00 pagi
“Uncle, kami mau cari pokok untuk tanam atas kubur punya,
ada ka?” soal aku kepada uncle kedai nursery pokok.
“oh banyak ada, ada itu melur pokok, Rm3 satu pokok”, jawab
apek.
“Mak, tanam pokok ni mak, cam best je”, ujar aku sambil
menunjuk ke satu pokok yg tampak menarik di mata.
“kah kah kah, itu pokok pandan la woi”, jawab Emak Comel.
“Mak apa kata kita tanam aloe vera ke cam best je.”, ujar
aku
“baik tanam durian je kalau camtu, tgh2 baca yasin kat kubur
boleh kopek buah durian sambil makan” ujar mak aku ngan bijak.
“eh eh betul jugak, kalau boleh tanam betik ke, keladi ke,
menarik jugak tu”.
“Kau ingat kubur abah kau tu batas sayur? Kau sanggup makan sayur yang ber-baja-kan
abah kau?, sound mak aku.
“Eh apek, apa itu?” ujar Emak Comel sambil menunjuk ke sesuatu.
“Itu rumput karpet Jepun, kak, Rm6 satu”.
“tanah, you ada
jual?”, Tanya mak aku lagi.
Nampaknya mak aku sedang berfikiran seperti seorang landscape
architect.
Ahad pagi 28 July 2013 : 10.00 pagi
Maka pada pagi itu, team ibu dan anak telah berjaya menanam
rumput karpet Jepun di kubur ayah aku, berserta dengan 2 pokok bunga kecik yg
cute.
“Yang batu2 kelikir tu, kau susun2 kat sekitar batu nesan,
baru cool” suruh ibu ku dengan gaya2 seorang arkitek landscape.
“Abah, kubur u lawa, bah.”, bisik kecil ibu aku yg dapat
ditangkap dengar oleh aku yg sibuk melakukan aktiviti agrikultur penamaman 2
numbers of pokok bunga, rumput karpet Jepun dan menyusun batu2 kelikir
sekitar batu nesan.
“ha, baru la tersusun sikit, nanti mak da mati esok, korang
buat la camni, bagi senonoh sikit sedara mara aku datang nak melawat aku besok”
ujar Emak Comel yg kelihatan riang setelah selesai tugas.
“Eh ko wat apa tu?” tanya mak aku.
“Amik gambar, nak masuk dalam Facebook”, jawab aku.
“Tak payah, kasi surprise sikit kat sedara yang nak datang
hehehe” ujar mak aku dengan penuh senyum.
Note : Emak Comel is not fictional. In real life, I really did call my mom Emak Comel (cute mother), starting from the time of their divorce and eventual death of my father some time later.
After my mom remarried, my step father didn't seem to mind a bit about me calling her wife Emak Comel. haha.
"Of course I am" is the proud expression on my mom's face, whenever I called her Emak Comel (Cute Mom)
After my mom remarried, my step father didn't seem to mind a bit about me calling her wife Emak Comel. haha.
"Of course I am" is the proud expression on my mom's face, whenever I called her Emak Comel (Cute Mom)