Saturday, 17 August 2013

aku seorang fasiq

this is an emotional ranting. after somedays, aku quite sure akan delete this and re-edit nicely, sbb aku ni sakit mata tgk writing ntahapahapa. tapi aku tulis dan put in form dulu.

bila aku terbaca somewhere ada Muslim yang menulis "doa orang muslimin datang berbondong2 mcm bola jiwa kurin" (refer dragonball), "dgn askar ikhwan yg dibantu doa orang muslimeen insyallah tapau la mereka:"...aku rasa cam celaka.

nevertheless, aku tak suka LABEL orang. perasaan celaka yg aku rasa tu ialah disebabkan diri aku sendiri.

Aku seorang fasiq, let it be clear about it.

Fasiq ni secara simple dia, kau tak buat suruhan agama yg Tuhan suruh, dan kau tak tinggal larangan agama yg Tuhan larang.

Aku tau level aku macam mana. Aku cuba cukup2 kan sembahyang yg dulu2 tinggal, dan try buang ke-fasiq-an apa patut, try buang "kelalaian" dlm hidup. contoh kelalaian paling mudah ialah rokok.

Ke-fasiq-an ni, utk aku, aku rasa dalam private level, meaning aku buat dlm private life, x de kaitan ngan orang, dan aku x de nak proud show off kejahatan hidup sbb it ain't cool in the first place. benda tu keji.

Bila kau cakap ada org sembahyang 5 waktu pun tapi perangai teruk, aku cakap kau silap. Itu kau dengar2 cakap org dan kau tertipu. Kalau kau jaga betul2 memang akan jaga dari fahsya' dan mungkar.

Seriously, based on personal experience. Aku pernah 5 waktu perfect for some time (x lama pun), mmg ada "penjagaan" tu. Lepas tu bila tinggal sikit, memang kau tinggal banyak, dan penjagaan tu hilang.

keji = mungkar
fahsya = kejahatan yg ada kaitan ngan lust especially seks.

Pada aku ke-fasiq-an akan cure sendiri kalau kau jaga sembahyang, dan dia akan fully cured bila kau boleh bangun tengah malam buat tahajjud. Ini based on own experience.

Sbb kalau boleh sampai level bangun tengah malam buat tahajjud, maknanya kau memang serious nak baikkan kehidupan beragama kau.

Pada aku, menipu satu kefasiqan. tengok gambar artist2 nelydia senrose tu pun satu kefasiqan. (kau tengok dia pasal lawa kan?)

Tapi nak ckp benda tu acceptable dlm life, nope. Aku anggap aku ada "penyakit" je.

Kalau ikutkan, seorang fasiq tak boleh angkat sumpah, tak boleh jadi wali dalam perkahwinan, dan mcm lagi terms and conditions regarding fasiq.

Tapi, as a Muslim, pious atau fasiq, pada aku, basic skali dalam kehidupan beragama ni adalah faith.

Aku takkan berdebat dgn seorang atheis. Kau tahu kenapa?

Pada aku, atheis ada faithlessness ni datang dari satu sikap nama self-sufficient.

Kalau kau duduk tekan laptop kau dalam bilik kau yg aman damai, ada kipas, ada kopi panas, semuanya lengkap, memang senang untuk kau berhujah itu dan ini tentang Tuhan tu tak wujud. Kau banyak idea and so forth.

Pada aku, senang je. Try campakkan diri kau dalam satu boat di tengah laut. Masa ombak melambung2, kau seorang diri, aku yakin secara naturalnya, masa tgh helpless tu,  kau akan panggil dan berharap, invoke satu kuasa besar, atau nama lainnya God.

Itu fitrah as a manusia. Bila Tuhan kata manusia dijadikan untuk menyembahNya, of course Dia akan jadikan satu element dalam diri manusia tu be naturally towards penyembahan Tuhan.

Manusia tu memang bersifat menyembah. Pada banyak benda, duit, perempuan, dunia, cuma mcm dalam Islam, dalam kalimah syahadah tu, dia menidakkan ilah ilah lain (ilah tu punca, penyembahan), hanya ada satu ilah iaitu God itself.

Bila kita bercerita tentang penyembahan, ada 1-2 element yg perlu untuk seseorang itu menyembah.

Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin wrote is as takut dan harap.

Aku fokus kat word harap tu. Hope.

Kalau takde hope, kau tak mungkin menyembah. Dan kau takkan rasa perlu untuk hope kalau kau rasa self-sufficient.

Dari hope, datanglah doa (invocation), kau merayu.

dari Doa dan rayuan tu, Tuhan selalunya akan campakkan satu benda nama Harapan. Percayakan kepada Harapan ni lah yg dikatakan Faith, iaitu foundation bagi mana2 agama dalam dunia ni pun.

lepas tu Tuhan upgrade sikit, dia suruh kau Takut. from there, dalam Islam ada benda nama Taqwa, dlm buku ckap kau tahu kau tak nampak Tuhan, tapi kau tahu Tuhan nampak kau. basically, kau takut dan alert.

Fasiq macam aku ni, sbb Taqwa tu kurang. Sbb tak takut la, maka kau berani tengok gambar Nelydia Senrose.

Tapi bila kau rasa invocation tu lekeh, aku rasa kena fikir2 pasal whether diri ini betul2 self-sufficient or not.

Dan pada aku, kalau kau ada both takut dan harap, maka dalam dunia ni, tak patut kalau kau tak de element humility dalam hidup.

Tu kadang2 bila aku fikir kenapa aku tak kahwin lagi dan hidup tak better, aku try cari jawapan2 lain, but still jawapan paling tepat dia ialah Jaga Sembahyang.

Ok sekian.